Maaf. Tiada sebarang objektif. Pada asalnya aku nak buat Petulis.
Tapi Petulis.blogspot dah ada orang punya. Maka aku wujudkan Pentulis kerana suka akan keunikannya, walaupun namanya agak bangang.
Aku minat menjadi penulis, tapi langsung tak punya bakat. Maka jadilah aku seorang pentulis.
Pentulis ini asalnya seperti yang aku bagitahu tadi, asalnya dari penulis.
Serupa juga seperti "memastikan". Bila ada menteri yang pakai perkataan memPastikan, terus wujud perkataan itu.
Ya! Perlu ada orang berpengaruh dalam mewujudkan satu-satu perkataan. Bila orang berpengaruh tersebut memPakai perkataan tersebut, maka valid lah ia.
Seperti juga perkataan "baharu". Baharu adalah "renew" dan baru adalah "new".
HA HA HA.
Kalau dulu seseorang itu bodoh. Sekarang, bodohnya tak pernah kurang dan sering muncul kebodohan baru, maka boleh la kita gelarkan ia sebagai bohodoh. Kalau kebohodohan itu pada tahap yang tinggi, boleh juga digelar bahangang.
Hidup aku memang bosan. Hari-hari membosankan.
Bohosan.
No comments:
Post a Comment