Tuesday, 17 January 2012

Sultan Kedah Puji Menteri Besar

Serius takkan keluar Buletin Utama!


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memuji pentadbiran negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan dan kemajuan pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.
"Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam. Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat,” titah baginda.
Laporan asal: Sinar Harian

Kalau keluar dekat Buletin Utama, aku takkan teragak-agak untuk pengsan.

Tips untuk orang UMNO: Salah satu punca kejatuhan BN nanti adalah disebabkan Buletin Utama. Trust me son, ramai yang dah makin meluat. Yang neutral dah ramai jadi pembangkang dek kerana Buletin Utama.

Thursday, 12 January 2012

Motivasi 1


Credit picture to Rindok.com


Kadang-kadang, hidup memang palat. Tapi kesenangan kadang-kadang menghakis nikmat.

Thursday, 5 January 2012

Panglima Melayu (TV3suku vs KyoPropaganda vs UMNO)

Ini baru betul panglima! Tak payah dok ramai-ramai nak maki orang.



Ini version PARODY kaw-kaw terbaik. Kalau tak gelak, sah UMNO. HAHAHA





Untuk yang bagi komen macam dekat atas ni, sila tonton video di bawah. Dan masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Datang.



Dan apa ketahian aku tak tau, lepas maki hamun orang, meludah puiii bagai, tetiba takbir. Buat buruk imej agama aku je.