Tuesday, 17 January 2012

Sultan Kedah Puji Menteri Besar

Serius takkan keluar Buletin Utama!


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memuji pentadbiran negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan dan kemajuan pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.
"Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam. Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat,” titah baginda.
Laporan asal: Sinar Harian

Kalau keluar dekat Buletin Utama, aku takkan teragak-agak untuk pengsan.

Tips untuk orang UMNO: Salah satu punca kejatuhan BN nanti adalah disebabkan Buletin Utama. Trust me son, ramai yang dah makin meluat. Yang neutral dah ramai jadi pembangkang dek kerana Buletin Utama.

Thursday, 12 January 2012

Motivasi 1


Credit picture to Rindok.com


Kadang-kadang, hidup memang palat. Tapi kesenangan kadang-kadang menghakis nikmat.

Thursday, 5 January 2012

Panglima Melayu (TV3suku vs KyoPropaganda vs UMNO)

Ini baru betul panglima! Tak payah dok ramai-ramai nak maki orang.



Ini version PARODY kaw-kaw terbaik. Kalau tak gelak, sah UMNO. HAHAHA





Untuk yang bagi komen macam dekat atas ni, sila tonton video di bawah. Dan masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Datang.



Dan apa ketahian aku tak tau, lepas maki hamun orang, meludah puiii bagai, tetiba takbir. Buat buruk imej agama aku je.

Tuesday, 27 December 2011

Kemenangan si Tolol

Manusia mempunyai preference yang berbeza. Itu betul.

Tapi dalam sesetengah keadaan, ada yang menyembunyikan kebodohan disebalik preference. Kesudahannya, akan kelihatan lebih bangang.

Contoh:

Robert seorang yang sangat bodoh, tak tau membezakan dua jenis kereta.

Diberi pilihan, sekiranya beliau boleh dapat salah satu kereta ini dengan percuma dari segala sudut, yang mana jadi pilihan?

MINI COOPER vs PERODUA KELISA

Dan Robert pilih Perodua Kelisa, sebab dia pernah bawak Kelisa.

Bila orang terangkan fakta perbezaan kedua2 kereta dari segi brand, suspension, power, fuel consumption, dan harga, semua dia tolak tepi, dan kata Kelisa lagi bagus.

He is such a denial person or just plain stupid?

Answer: Both

Dek kerana nak menang, sanggup jadi bangang.

Monday, 5 December 2011

Majlis Orang Melayu

Bila majlis perkahwinan, aku tau la yang fungsi sebenarnya untuk beritahu orang yang pengantin dah halal berjimak selamat di-ijab kabulkan. Maka mereka mempunyai ikatan yang sah, dan bebas dari segala maksiat. Perkahwinan juga tuntutan agama.

Aku juga paham, kalau ada antara kenalan-kenalan yang tumpang seronok atas perkahwinan kawan mereka. Dengan harapan, masing-masing pon dapat ikut jejak dalam masa terdekat. Bila kawan-kawan (usually perempuan) ni sibuk nak tengok bilik dalam majlis yang penuh sesak tu, aku just anggap mungkin dorang nak ambil semangat sesuatu dari bilik yang mereka-mereka ini.

Yang aku tak paham tu, kenapa biasanya makcik-makcik lebih excited nak menengok bilik dari gadis-gadis bujang? Tempat berjimak orang yang sebok nak ditengok. Hadoiii...

Lelaki cool. Yang penting kawen, bukan bilik.

Majlis kahwin tu aku paham la. Kira ok la walaupun dah banyak yang tersasar.

Yang aku tak paham Majlis Berkhatan. Siap kad jemputan bagi satu taman apa ke hal yeop? Nak bagitau satu taman kote anak kau nak kena kerat? Nak bagitau semua orang yang kote anak tak lama lagi dah mampu menyemburkan sperm?

Atau nak collect duit sumbangan?

Itulah bangsa aku. Bangsa materialistik yang paling miskin dalam tanah air sendiri.

Lagi Video Anwar Ibrahim Dengan Aksinya



Kalau tak gelak, sah orang UMNO. HAHAHA

Credit:Blogserius

Sunday, 4 December 2011

Kedai Makan Meleis

Sesetengah awek Meleis geli nak makan kedai mamak. Sebab katanya mamak ni pengotor. Chait! Cakap je la kamu geli mamak tu hitam. Kurang ajar!

Maka itu pergilah kamu dan aku ke kedai makan siam/kelate.

Soalannya, susah sangat ke nak hantar air tu dalam keadaan yang elok? Tak payah tumpah-tumpah, tak payah mengotorkan meja tak boleh?

Malas la nak cerita pasal kebersihan pulak.

Kucing pulak satu hal. Pegi mapley, memang jarang jumpa kucing. Pegi kedai Melayu ni kang, mula la kucing panjat peha, panjat meja. Aku yang suka kucing ni takpela. Bila ada orang yang takut kucing mengalahkan jumpa harimau ni, mesti menjerit la, meloncat la, bikin telinga aku panas je. Tak pasal-pasal hati aku sakit pulak dengan kucing tu. Haihhh... Tapi aku tak tau kenapa aku takut lipas. Celaka betul.

Tapi kehebatan kedai makan ni pada hemat aku ada dua.

1-Teh tarik.
2-Tom Yam.

Dua benda ni, kalau buat sendiri pon, mesti tak se-syok kedai punya.

Kalau aku berjaya buat dua benda ni dekat rumah, aku boleh bukak kedai makan sendiri. Maka obesiti lah aku di kemudian hari.