Wednesday, 30 November 2011

Jangan suruh email, kalau tak nak email. Bodoh!

Ini memang aku emo.

Banyak kali sudah aku kena. Cukup selalu.

Dekat iklan, website, berapi2 ayat suruh email for any enquiry.

Aku email dengan soalan 3 baris sahaja. Apa yang aku dapat?

TQ for your email. Please call 033456789 or give me your contact no.

Pekimak betul. Baik tak payah bagi email kalau semata nak bagi contact number. Kalau tak kenal keyboard, jangan guna internet!

Saturday, 26 November 2011

Tidur 20 minit (20 minutes Short Nap)

Bila orang pandang serong pada aku yang tidur tengah hari di office, aku butthurt.




Bagi menyelesaikan masalah bontot sakit aku, maka aku cari kebaikan tidur tengah hari.

BOOM!

YES! Napping for 20 minutes can help refresh the mind, improve overall alertness, boost mood and increase productivity. See? Increase productivity! Kalau bos memang takde perikemanusiaan pasal staff punya pressure, mode, dan mental pon, atleast bila bos tahu yang ia boleh increase productivity, bagus la tu kan? Bukannya tido time kerja pon.




And plus, in a six-year study of Greek adults, researchers found that men who took naps at least three times a week had a 37 percent lower risk of heart-related death. Hey makcik, if you scold your husband because of the "short nap", then we know its either you're just fuckin selfish, or you just plain stupid. LMAO

Dan lagi.

Minum caffeine sebelum short-nap is ok. Sebab apa? Sebab caffeine mula mendatangkan kesan selepas 30 minit.

Dah tahu? Mari tidur tengah hari. Bontot aku pon dah tak sakit.

Source:Wikipedia
Credit Picture: Labelle-et-lebadboy and Edan-Coba

Long-Distance Relationship is Bullshit!

Long-Distance Relationship is Bullshit!

Naaah. Not for me.

Ke bullshittian sesuatu relationship terletak pada attitude, your desire, dan banyak lagi faktor bangang lain. But not Long or Short distance!

Kalau kau jenis yang dependent, makan pon wajib berteman, then never go for Long-Distance.

Kalau jenis yang kalau boleh hari2 nak gentel geli2, then never go for Long-Distance.

Kalau jenis yang memang nak yang ituuu jugak, tak kiralah apa keadaan pon, boleh la long-distance.

Nak jimat? Long-distance FTW! (Self experience)

Nak pasang dua tiga? You know the answer. (No experience)

Short-Distance relationship ni, kelebihan banyak. Boleh geli2, korek2, romen2, belek2 kuku, etc. Tambah plak awek Meleis makin sporting nowadays. Kan kan?

Tapi orang yang Long-Distance ni kalau bagi alasan Short-Distance is not good, sebab takut boring hari2 jumpa, thats TOTALLY BULLSHIT!

So Long-Distance jarang jumpa, bila jumpa tak bosan? So nanti dah kawen hari2 jumpa, bosan macamana? Cerai?

Kalau laki, boleh tambah branch. Kalau pompuan? Kamu jangan jealous. HAHAHA

Sunday, 13 November 2011

Wartawan Hiburan Malaysia, Artis dan Fesyen

Aku seorang yang kolot bila bercerita pasal fesyen. Mungkin juga disebabkan aku seorang yang kalis trend.

Aku juga cukup tak minat nak tengok Melodi, Galaksi, FUHHH!!! & HipTV. Sebabnya personally aku rasa semua rancangan ni rancangan penyebar fitnah atau keburukan orang lain. Instead of diorang menceritakan hal terbaru berkaitan "seni" atau hasil kerja artis, diorang sebok bercerita pasal skandal, cerai-berai, roboh meroboh, dan raja mak bapak tok nenek segala jenis batu api.

Alasannya mudah. Sebab nak merungkai masalah, dan mencari kebenaran. Petuih!

"Peminat nak tahu" dan "sumber yang boleh dipercayai" tu ayat paling gampang yang paling kerap keluar dari mulut wartawan. Petuih lagi!

Cukup bengang betul aku bila orang tengok program menjahanamkan bangsa ni depan aku. Tak pasal-pasal aku sekali kena tengok. Takkan aku nak kena tutup mata & telinga pulak.

Yang artis pulak satu hal. Disebabkan aku ni agak kolot, dan aku tak gemar dengan artis-artis yang lebih gaya dari idea, makanya susah untuk aku untuk ambik port dengan artis sekarang.

Tapi aku suka dengan Najwa Latif. Budak ni berbeza. Selamba kodok dia boleh pakai T-shirt dengan tudung Indonesia mari, lepas tu upload video masuk Youtube. Tapi tu sebelum jadi artis la.

Lepas jadi artis macam mana pulak?

Macam biasa la. Nak mencari imej pulak. Sebagai seorang yang kalis trend, mata aku sakit bila tengok fesyen pelik-pelik ni. Malam ni AIM18, Najwa Latif perform dengan Greyson.




Greyson Chance ft Najwa Latif at AIM18


Adoi. Fesyen ooo fesyen. Sakit mata aku tengok.

FUHHH!!! berapa hari lepas aku ada tertengok, siap kata Najwa Latif punya fesyen paling worst! Thats rude man... Thats rude... Bila one-way communication, belajar guna ayat yang nice sikit la bahangang!

Yang NAR Records ni pon satu hal gak. Takkan la tak berduit sangat nak hire sorang image consultant. Atau image consultant yang suruh dia pakai baju pelik-pelik selama ni?

Memang bahangang la image consultant tersebut.



Poster Carta Hati

Saturday, 12 November 2011

Objektif

Maaf. Tiada sebarang objektif. Pada asalnya aku nak buat Petulis.

Tapi Petulis.blogspot dah ada orang punya. Maka aku wujudkan Pentulis kerana suka akan keunikannya, walaupun namanya agak bangang.

Aku minat menjadi penulis, tapi langsung tak punya bakat. Maka jadilah aku seorang pentulis.

Pentulis ini asalnya seperti yang aku bagitahu tadi, asalnya dari penulis.

Serupa juga seperti "memastikan". Bila ada menteri yang pakai perkataan memPastikan, terus wujud perkataan itu.

Ya! Perlu ada orang berpengaruh dalam mewujudkan satu-satu perkataan. Bila orang berpengaruh tersebut memPakai perkataan tersebut, maka valid lah ia.

Seperti juga perkataan "baharu". Baharu adalah "renew" dan baru adalah "new".

HA HA HA.

Kalau dulu seseorang itu bodoh. Sekarang, bodohnya tak pernah kurang dan sering muncul kebodohan baru, maka boleh la kita gelarkan ia sebagai bohodoh. Kalau kebohodohan itu pada tahap yang tinggi, boleh juga digelar bahangang.

Hidup aku memang bosan. Hari-hari membosankan.

Bohosan.