Tuesday, 27 December 2011

Kemenangan si Tolol

Manusia mempunyai preference yang berbeza. Itu betul.

Tapi dalam sesetengah keadaan, ada yang menyembunyikan kebodohan disebalik preference. Kesudahannya, akan kelihatan lebih bangang.

Contoh:

Robert seorang yang sangat bodoh, tak tau membezakan dua jenis kereta.

Diberi pilihan, sekiranya beliau boleh dapat salah satu kereta ini dengan percuma dari segala sudut, yang mana jadi pilihan?

MINI COOPER vs PERODUA KELISA

Dan Robert pilih Perodua Kelisa, sebab dia pernah bawak Kelisa.

Bila orang terangkan fakta perbezaan kedua2 kereta dari segi brand, suspension, power, fuel consumption, dan harga, semua dia tolak tepi, dan kata Kelisa lagi bagus.

He is such a denial person or just plain stupid?

Answer: Both

Dek kerana nak menang, sanggup jadi bangang.

Monday, 5 December 2011

Majlis Orang Melayu

Bila majlis perkahwinan, aku tau la yang fungsi sebenarnya untuk beritahu orang yang pengantin dah halal berjimak selamat di-ijab kabulkan. Maka mereka mempunyai ikatan yang sah, dan bebas dari segala maksiat. Perkahwinan juga tuntutan agama.

Aku juga paham, kalau ada antara kenalan-kenalan yang tumpang seronok atas perkahwinan kawan mereka. Dengan harapan, masing-masing pon dapat ikut jejak dalam masa terdekat. Bila kawan-kawan (usually perempuan) ni sibuk nak tengok bilik dalam majlis yang penuh sesak tu, aku just anggap mungkin dorang nak ambil semangat sesuatu dari bilik yang mereka-mereka ini.

Yang aku tak paham tu, kenapa biasanya makcik-makcik lebih excited nak menengok bilik dari gadis-gadis bujang? Tempat berjimak orang yang sebok nak ditengok. Hadoiii...

Lelaki cool. Yang penting kawen, bukan bilik.

Majlis kahwin tu aku paham la. Kira ok la walaupun dah banyak yang tersasar.

Yang aku tak paham Majlis Berkhatan. Siap kad jemputan bagi satu taman apa ke hal yeop? Nak bagitau satu taman kote anak kau nak kena kerat? Nak bagitau semua orang yang kote anak tak lama lagi dah mampu menyemburkan sperm?

Atau nak collect duit sumbangan?

Itulah bangsa aku. Bangsa materialistik yang paling miskin dalam tanah air sendiri.

Lagi Video Anwar Ibrahim Dengan Aksinya



Kalau tak gelak, sah orang UMNO. HAHAHA

Credit:Blogserius

Sunday, 4 December 2011

Kedai Makan Meleis

Sesetengah awek Meleis geli nak makan kedai mamak. Sebab katanya mamak ni pengotor. Chait! Cakap je la kamu geli mamak tu hitam. Kurang ajar!

Maka itu pergilah kamu dan aku ke kedai makan siam/kelate.

Soalannya, susah sangat ke nak hantar air tu dalam keadaan yang elok? Tak payah tumpah-tumpah, tak payah mengotorkan meja tak boleh?

Malas la nak cerita pasal kebersihan pulak.

Kucing pulak satu hal. Pegi mapley, memang jarang jumpa kucing. Pegi kedai Melayu ni kang, mula la kucing panjat peha, panjat meja. Aku yang suka kucing ni takpela. Bila ada orang yang takut kucing mengalahkan jumpa harimau ni, mesti menjerit la, meloncat la, bikin telinga aku panas je. Tak pasal-pasal hati aku sakit pulak dengan kucing tu. Haihhh... Tapi aku tak tau kenapa aku takut lipas. Celaka betul.

Tapi kehebatan kedai makan ni pada hemat aku ada dua.

1-Teh tarik.
2-Tom Yam.

Dua benda ni, kalau buat sendiri pon, mesti tak se-syok kedai punya.

Kalau aku berjaya buat dua benda ni dekat rumah, aku boleh bukak kedai makan sendiri. Maka obesiti lah aku di kemudian hari.

Saturday, 3 December 2011

Syok Sendiri

Mana-mana parti pon, mesti ada yang syok sendiri. Bawah ni contoh UMNO punya. Please exclude my name from the list! Aku yang malu tengok status gini.



Kepala hotak betul.

Sekarang Najib tengah berucap syok sendiri bersama ahli-ahlinya.

Kata Najib "Tipu sini tipu sana.... Fitnah sini fitnah sana..." - Ahlinya bersorak perlahan...
Kata Najib "Main sini main sana..." - Maka ahlinya yang kepala hotak kuning bersorak dengan kuat sekali. Bukti Melayu gila sex.

Kemudian Najib membuat pengakuan beliau bersumpah 4 kali... Ahli bertepuk tangan... Kemudian Najib sebut, Anwar tak berani sumpah... Ahli UMNO gembira... Ahli PKR di rumah sudah ada jawapan untuk mempertahankan ahli politik kesayangannya... Maka akan keluarlah dalil-dalil...

Najib menceritakan kisah beliau bertemu Barack Obama... Najib gebang dengan Obama, yang unemployment rate 0% di Malaysia... Itu syok sendiri atau menipu? Dua-dua pon betul.

Saiful si rabak punggung juga disebut namanya...



Yang atas ni baru betul. Kah kah kah.

Are you TOYOTArds?

Sediakan KY Jelly sebelum butthurt melihat harga ini.

Senarai Harga Used Car Toyota di Japan

Sakit punggung?

Mahu tambah sakit?

Boleh refer di website ini: http://www.autostock.jp/

Wahai Wanita dan Puteri UMNO

NO! Aku tak nak cakap pasal bertapa poyonya masing-masing setiap kali ada perhimpunan agong. Laki, perempuan, tua muda, semua bodek, semua hentam parti luar. Takde sorang pon laki baik perempuan, yang bercakap menggunakan nada Tun Mahathir. Tenang dan padat. Takde sorang pon yang nak ambil hati rakyat. Semua ambil hati pemimpin, penyokong dan ahli UMNO. #Fact

Belum lagi pernah aku attend mana-mana meeting, orang dalam meeting dok spend semua masa yang ada untuk condemn company lain. Sikit-sikit tu adat la.

Berbalik pada tajuk.

Pakai lah tudung. Anda semua nak jadi pemimpin kan?

There's nothing to do with hypocrisy or what so ever. Just... Pakai lah tudung.

Tak perlu pakai tudung bertoncet tinggi sedepa. Tak perlu pakai yang merelap-relap. Just, pakai tudung bawal je pun cukup. Asas. Tak susah pon kan?

Nak jadi pemimpin, first impression tu penting.

Kan?

Politik Malaysia. Aku Muak!

Muak! Baca Berita Harian hari ni, 17 pages penuh cerita UMNO. Kenapa UMNO tak buat je satu suratkhabar khas macam Suara Keadilan?

Ok. No need. Sebab Berita Harian, Harian Metro, Utusan, dan semua channel yang ada dekat TV tu memang UMNO dah conquer. #Fact.

Sejak ERA Pak Lah, aku memang dah tak suka UMNO. Sejak itulah juga aku duduk atas pagar sampai hari ni. Refused untuk pangkah mana2 parti, sebab politics plus politicians equals to bullshit.

Tapi kalau diikutkan rasa hati yang pissed-off dengan current politics situation, mau jugak aku pangkah PR kang.

Aku dah decide untuk tidak pangkah mana2 parti politic. So that aku tak mendaftar sebagai pemilih.

Semalam, aku gatal tangan buat semakan pemilih thru website SPR. Aku letak IC no aku, dan SEMAK!

Apa Jadi?

Nama aku dah didaftarkan guna alamat IC aku. Confirmed SPR ada "deal" dengan JPN.

Aku cuba pula IC abang aku yang duduk dekat Shah Alam & Sabah. Pon sama jugak dah di detect sebagai berdaftar guna alamat IC. Even abg aku yang duduk Shah Alam tak pernah mendaftar, dan abang aku di Sabah mendaftar di Lahad Datu. Tapi dalam semakan daftar pemilih, alamat di Kuala Langat. And again, it's bullshit.

Niat aku untuk tak mengundi dah rasa berbelah bagi. Rasa macam nak pangkah je PR. Tak mungkin PR sehebat itu untuk selongkar data dalam JPN untuk didaftar palsukan.

Atau mungkin aku biarkan saja. Tak payah keluar mengundi. Aku pon sebenarnya tak pernah mendaftar. Sapa saja yang guna IC number aku untuk mengundi mana2 parti politik pon, biarlah. Sekurang-kurangnya, Munkar dan Nakir tak perlu soal aku soalan politik nanti.

Perbezaan Babi dan Manusia

Babi haram dimakan. Manusia juga haram untuk dimakan (kanibal). Oh! Manusia dan babi punya persamaan!

Babi tak perlu dihisab amalannya. Babi tak pernah hina manusia walaupun babi confirm masuk syurga. Tapi manusia yang bijaksana, matinya belum tentu masuk sorga. Suka-suka hati nak samakan benda buruk dengan babi.

Kalau manusia suka menyamakan manusia dengan babi, itu penghinaan atau pujian?

Kalau puji, babi tu kan binatang? Kalau kutuk, babi tu masuk sorga kamu tahu?

Senang cerita, jangan samakan manusia dengan binatang. Kau ustaz kah, kau Castello kah, please behave... Bodoh!

Friday, 2 December 2011